112 calon bertanding dalam PRN Melaka

0
21
Datuk Abdul Ghani Salleh

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima sebanyak 112 kertas pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, sebanyak 90 calon adalah daripada lima parti politik dan 22 calon bebas layak bertanding pada PRN Melaka, manakala tiada calon ditolak dalam proses penamaan calon hari ini.

“SPR telah menerima dan mengesahkan 112 kertas penamaan calon yang layak bertanding daripada BN dengan 28 calon, Perikatan Nasional (28 calon), Pakatan Harapan (28 calon), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) 5 calon dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) 1 dan 22 calon Bebas.

“Secara keseluruhan, pertandingan DUN mengikut tiga penjuru sebanyak 11, empat penjuru sebanyak sembilan DUN, lima penjuru sebanyak lima DUN dan enam penjuru sebanyak tiga DUN,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here