1,497 pegawai perubatan kontrak letak jawatan sejak 2017

0
13
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, seramai 1,497 pegawai perubatan lantikan kontrak telah meletakkan jawatan atas pelbagai alasan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, jumlah itu direkodkan sejak 2017 hingga Jun tahun ini.

Beliau menjelaskan, ia membabitkan 110 orang pada 2017, 168 orang (2018), 475 orang (2019), 511 orang (2020) dan 514 orang (dari Januari hingga 26 November 2021).

“Dalam hal penentuan peletakan jawatan ini, keputusan hak yang diputuskan sendiri pegawai atas sebab tertentu.

“Alasan peletakan jawatan yang dinyatakan termasuk menyambung perkhidmatan dalam sektor swasta, atas sebab peribadi, berkhidmat di badan berkanun, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berkhidmat di luar negara dan membuka klinik sendiri,” kata Dr. Noor Azmi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Amanah-Kuala Selangor) yang meminta kerajaan menjelaskan berapa jumlah pegawai perubatan siswazah yang meletakkan jawatan mengikut tahun dan punca peletakan jawatan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here