36 kematian Covid-19 dilaporkan semalam, 7 kes BID

0
40
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Angka kematian akibat Covid-19 negara meningkat kepada 28,912 apabila 36 lagi dilaporkan maut akibat wabak itu menurut laman web COVIDNOW.

Melalui maklumat di laman itu, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam sejak semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 7 kes dilaporkan meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan kes BID negara sebanyak 5,846 kes.

Sebanyak 12 kematian dilaporkan di Sarawak, Pulau Pinang (5), Terengganu (4), Kedah (3), Johor (2), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Sabah (2), Kuala Lumpur (2), Perak (1) dan Selangor (1) serta tiada kematian di Melaka, Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, kes sembuh mencatatkan pertambahan dengan sebanyak 6,127 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes terkini mencecah 2,374,761 kes.

Terdapat 67,969 kes aktif melibatkan 52,720 kes dikuarantin di rumah, 8,735 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 236 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 326 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here