4,626 kes baharu hari ini

0
34
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Jangkitan Covid-19 hari ini mencatatkan angka bawah 5,000 apabila sebanyak 4,626 kes baharu dilaporkan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sekali kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,476,268 kes.

“Maklumat terperinci berkaitan jangkitan baharu berkenaan akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP.

“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada hantaran di laman sosialnya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here