4,701 jangkitan baharu Covid-19 hari ini

0
14
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 4,701 kes jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara hari ini iaitu sedikit menurun berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia ialah 2,501,966 kes.

“Maklumat terperinci mengenai jangkitan baharu akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here