
CYBERJAYA – Sebanyak 4,885 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif jangkitan Covid-19 dalam negara ketika ini ialah sebanyak 2,591,486 kes.
“Pada 22 November 2021, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 4,885 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,591,486 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam kenyataan di laman sosialnya hari ini.