9 anggota bomba maut dalam runtuhan gua di Brazil

0
26
Operasi menyelamat mangsa yang terlibat dalam runtuhan gua di Altinopolis, Brazil.

SAO PAULO – Sembilan anggota bomba termasuk dua anggota wanita maut tertimbus dalam runtuhan gua ketika menjalani latihan di kawasan rekreasi Gruta Duas Bocas berdekatan Altinopolis.

Kesemua mangsa dilaporkan maut akibat tertindih dan mengalami hipotermia apabila pintu gua yang dimasuki 26 orang anggota pasukan bomba itu runtuh.

Jabatan Bomba Sao Paulo berkata, gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan pada pukul 11.30 waktu tempatan dan telah ditamatkan apabila kesemua mangsa berjaya ditemui.

“Sembilan daripada mereka disahkan maut, ada beberapa lagi yang cedera dan seorang masih lagi dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil,” katanya menerusi Twitter.

Maklumat terdahulu melaporkan tiga maut manakala 6 hilang dalam kejadian itu.

Memetik laporan GlobalNews, ibu kepada salah seorang daripada jurulatih yang terlibat dalam latihjan itu, Cristina Trifoni berkata, anaknya memberitahu mereka akan bermalam di dalam gua berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here