Ab Rauf janji cari pelaburan, majukan ekonomi Melaka

0
74
Datuk Seri Ab Rauf Yusof dilantik sebagai Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Melaka yang baharu semalam

MELAKA – Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof akan menambahbaik kaedah kemasukan pelabur ke Melaka sekali gus dapat meningkatkan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata, pihaknya juga komited untuk terus memastikan pelabur melabur ke negeri itu.

“Saya akan cuba mencari satu nilai tambah yang terbaik untuk membantu kerajaan negeri.

“Bagaimana peranan yang telah dimain selama ini untuk saya dapat melihat cara yang boleh untuk menyumbang dan menambahbaik kaedah memasukan pelabur dan pelaburan yang terbaik untuk negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

Dalam majlis itu, seramai 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Dalam pada itu, Ab Rauf yakin dengan kestabilan kerajaan negeri sekarang selepas berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini dengan 21 kerusi DUN dapat menarik minat pelabur ke negeri itu.

11 barisan ADUN yang dilantik sebagai exco baharu semalam

“Insya-Allah saya akan cuba terbaik untuk membawa pelaburan ke negeri Melaka dan kita akan berusaha sebaik mungkin supaya dalam kerajaan yang stabil ini dapat menyakinkan pelabur datang untuk membuat pelaburan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here