Adly Zahari calon Ketua Menteri Melaka PH

0
9
Anwar ketika berucap pada majlis pelancaran manifesto PH, hari ini.

MELAKA – Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari diumumkan sebagai satu-satunya calon Ketua Menteri Melaka jika Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya negeri nanti.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika majlis pelancaran manifesto PH Melaka, hari ini.

Kata Anwar, prestasi Adly selama 22 bulan sebelum ini sudah membuktikan bahawa beliau merupakan calon terbaik bagi jawatan itu.

“Kita telah menonjolkan satu tokoh yang telah mempimpin kerajaan PH, dan naratif kita itu konsisten, apa saja langkah untuk mengembalikan mandat Pakatan Harapan, harus kita dukung.

“Setelah dipersetujui PH Melaka, dan sesuai dengan amalan tradisi kita, mereka melakar pelan mereka yang mengusulkan beberapa program dan langkah khusus. Dan antara mereka cukup pengalaman di negeri ini untuk mentadbir, kita beri penghormatan kepada Adly untuk bentangkan Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan,” katanya lagi.

Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, penetapan calon KM adalah perlu, dan beliau menjangkakan sekiranya kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN), maka akan terjadi kekecohan besar, dan akhirnya mengakibatkan ketidakstabilan pada Melaka.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama Pakatan Harapan, hari ini.

Adly, yang juga Pengerusi PH Melaka dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) telah memenangi kerusi DUN Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum 2018, dan mentadbir Melaka selama 22 bulan, sebelum Kerajaan Negeri bertukar pada Mac 2020.

Bagi PRN Melaka, Adly dicabar Datuk Hasnoor Husin (BN), Adly Zahari (PH), Muhammad Al Afiz Yahya (Pas), dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas) dalam persaingan empat penjuru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here