Ahli Parlimen terima dos penggalak vaksin Covid-19 bermula esok

0
12

CYBERJAYA – Ahli Parlimen akan menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 bermula esok.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnan yang memaklumkan perkara itu hari ini berkata, suntikan itu perlu bagi ahli Parlimen kerana tergolong dalam kategori berisiko tinggi kerana kerap turun padang bersama rakyat.

“Bagi melindungi ahli-ahli Parlimen yang mempunyai tanggungjawab untuk kerap bersama rakyat dan berisiko kepada jangkitan Covid-19. Maka Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberikan dos penggalak kepada mereka bermula esok.

“Pemberian dos penggalak ini ada diadakan di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia pada pukul 9.30 pagi esok,” katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) telah memulakan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 di seluruh negara bermula 13 Oktober lalu kepada individu yang telah mendapat dos lengkap vaksin.

Tujuan pemberian dos penggalak itu adalah untuk memastikan imuniti yang diperolehi selepas menerima dos lengkap dapat dikekalkan untuk tempoh yang optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here