Akses Ali Huda dan Quran Era percuma untuk pelajar Brainy Bunch

0
7

Ali Huda merupakan platform animasi, tempat belajar al-Quran dan ilmu-ilmu agama Islam yang interaktif dan menyeronokkan.

CYBERJAYA – Semua pelajar Brainy Bunch pada tahun hadapan akan mendapat akses percuma untuk dua platform antarabangsa iaitu Ali Huda dan Quran Era.

Brainy Bunch dalam satu kenyataannya berkata, Ali Huda merupakan platform animasi, tempat belajar al-Quran dan ilmu-ilmu agama Islam yang interaktif dan menyeronokkan.

“Tawaran ini percuma dan ekslusif khas untuk semua pelajar Brainy Bunch kerana Brainy Bunch sudah menjalinkan kerjasama dengan Ali Huda & Quran Era.

Pelajar tadika Brainy Bunch dan guru memakai topeng muka pada hari pertama pembelajaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Cyberjaya. foto FARID JANUDIN,

“Objektifnya ialah ntuk sama-sama membantu anak-anak muda bakal pemimpin masa depan. Bukan saja di Malaysia tapi negara-negara utama dunia,” katanya.

Dalam pada itu kata Brainy Bunch, pendaftaran untuk tahun hadapan masih lagi dibuka dan mereka yang berminat boleh  ke link brainybunch.com/register-interest/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here