Aktiviti menarik di Malakat Mall hujung ini

0
80
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Malakat Mall akan menjadi tuan rumah kepada perlumbaan model kereta Tamiya, esok.

Perlumbaan bagi mencari ‘Raja Pecut’ itu bermula pada pukul 9 pagi di tingkat 2 pusat beli belah itu.

“Saya ingin mengajak para peminat kereta model Tamiya untuk turut sama hadir menyaksikan perlumbaan ini.

“Saya yakin pengunjung akan terhibur dengan perlumbaan yang dijangka sengit itu nanti,” kata Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Mohamad Ash Shahid Salleh, hari ini.

Sementara itu, pada hari Ahad pula, program Bicara Buku Bersama Iqra Read akan dianjurkan bermula pukul 2.30 petang.

Program bual bicara yang menampilkan penulis dari PorengKertas seperti Dhiya Zafira, Hezzy Azra dan Lynn Dayana, akan dikendalikan oleh Pengurus Iqra Read Bookstores, Norden Mohamed.

“Oleh itu, saya ingin menjemput orang ramai teruramanya di kawasan Cyberjaya dan Putrajaya untuk mengunjungi Malakat Mall pada hujung minggu ini.

“Selain daripada dua acara khusus tadi, kami turut menganjurkan Santai Market pada tiap-tiap hujung minggu supaya anda semua dapat mengenal dengan lebih dekat produk keluaran pengusaha kecil dengan lebih dekat lagi,” kata Ash Shahid lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here