Aku YB tewas, BN berjaya rampas DUN Pengkalan Batu

0
438
Datuk Norhizam Hassan Baktee

MELAKA – Calon paling terkenal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang bertanding atas tiket Bebas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu hari ini.

Dalam keputusan tidak rasmi yang disiarkan, beliau yang terkenal dengan tagline Aku YB hanya berjaya mendapat 1,218 undi.

Dalam pada itu, calon wanita daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Kalsom Nordin mencipta kejutan apabila berjaya memenangi kerusi itu dengan mendapat 4,830 undi dan menang dengan majoriti 131 undi.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) gagal mempertahankan kerusi itu apabila calonnya, Muhamad Danish Zainudin hanya berjaya mendapat 4,708 undi manakala calon Perikatan Nasional (PN), 2,681 undi.

Calon parti Putra pula, Dr Mohd Aluwi Sari hanya mendapat 87 undi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here