Anwar gesa SPR telus kendalikan PRN Melaka

0
166

MELAKA – Pengerusi Pakatan Harapan, Daruk Seri Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya proses pengundian semula diadakan di salah sebuah Pusat Pengundian Awal (PPA) berikutan ejen calon partinya tidak dibenarkan masuk bertugas.

Kata Anwar, SPR perlu bersikap telus ketika mengendalikan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

“Ini satu perkara serius dan saya menggesa SPR untuk mengambil tindakan serta bersikap telus dalam mengendalikan urusan pilihan raya.

“Ternyata insiden yang berlaku hari ini telah mencemarkan perjalanan dan proses PRN,” kata Anwar dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Siang tadi, calon PH bagi DUN Lendu, Asri Ibrahim telah membuat satu laporan polis berikutan ejen pusat mengundi yang mewakilinya tidak dibenarkan memasuki PPA di Balai Polis Masjid Tanah.

“Oleh yang demikian, saya menggesa SPR untuk mempertimbang agar pengundian semula dapat dibuat di PPA terlibat,” kata Anwar dalam kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here