Apartment 2 tingkat runtuh, 21 terselamat

0
130
Pasukan penyelamat sedang menjalankan usaha megesan penghuni yang masih terperangkap.

ISTANBUL – Seramai 21 mangsa dilaporkan terselamat apabila sebuah bangunan apartment dua tingkat di bandar Malatya runtuh secara tiba-tiba, hari ini.

Portal Sky News melaporkan, lapan mangsa berjaya menyelamatkan diri sejurus kejadian, manakala 13 lagi mangsa dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan penyelamat.

Pasukan penyelamat mengesahkan tiada lagi mangsa yang terperangkap dalam runtuhan itu.

13 daripada mangsa kemudiannya terpaksa dirawat di hospital dengan dua daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Pihak berkuasa melaporkan, kejadian itu berlaku ketika jalan raya sibuk dipenuhi orang ramai pulang ke rumah setelah tamat waktu bekerja pada pukul 5 petang (waktu tempatan).

Saksi kejadian melaporkan, bangunan itu runtuh ketika pihak kontraktor sedang melakukan kerja ubahsuai.

“Saya terdengar bunyi seperti retakan, dan kemudiannya bangunan itu runtuh, kata seorang saksi, Turhan Cobanoglu.

Sementara itu, pihak pendakwaraya Malatya memaklumkan, pemilik bangunan itu dan tiga lagi kontraktor kerja pengubahsuaian itu sudah ditahan bagi siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here