
CYBERJAYA – Pusat Media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKMM) hari ini menafikan khabar angin mengenai arahan penutupan Pusat Gerakan Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Melaka.
Melalui hantaran di laman Facebook KKMM sebentar tadi, satu penafian dikeluarkan selepas berita mengenai penutupan pusat gerakan itu yang tular sejak tengah hari tadi
Sebelum ini, tersebar gambar notis yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengarahkan premis berkenaan ditutup ekoran salah seorang petugas di situ positif Covid-19.
Dalam berita yang tersebar, PN turut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal menyediakan alat pengesan suhu di premis yang merupakan bilik gerakan calon Datuk Rafiq Naizamohideen.