Bakal jemaah umrah boleh mohon dos penggalak

0
31
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Bakal jemaah umrah di negara ini kini boleh mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 untuk menunaikan ibadah itu dengan membuat permohonan menerusi aplikasi MySejahtera.

Menerusi ciapan Twitter yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), permohonan itu boleh dibuat melalui “Helpdesk” di aplikasi MySejahtera.

“Langkah pertama ialah klik pada ‘mula’ seterusnya klik pada ‘janji temu vaksinasi penggalak’ seterusnya muat naik dokumen yang diperlukan bagi membolehkan mempercepatkan permohonan vaksinasi penggalak,” katanya.

Pihak JKAV juga turut memuat naik panduan dan video kaedah mengisi permohonan bagi dos penggalak melibatkan bakal jemaah umrah pada laman Twitter tersebut.

Dalam masa sama sehingga 11.59 malam tadi, sebanyak 1,042,234 dos penggalak sudah diberikan kepada penerima vaksin yang layak.

Keperluan suntikan dos penggalak Pfizer bagi penerima suntikan vaksin Sinovac dan beberaja jenis vaksin lain itu menjadi ketetapan kerajaan Arab Saudi kepada semua jemaah dari seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here