Basikal BMX Kuwahara E.T 1980 di Cybertron BMX Jam

0
191
Jamal Ulkhair (kanan) menunjukkan antara keunikan Kuwahara E.T 1980 kepada peminat BMX di Cybertron BMX Jam di Malakat Mall, Cyberjaya.


CYBERJAYA – Pengunjung yang hadir ke Malakat Mall sempena penganjuran Cybertron BMX Jam berpeluang untuk menyaksikan basikal BMX keluaran Kuwahara E.T 1980.

Apa yang menarik, basikal yang kini dianggarkan bernilai RM20,000 itu masih menggunakan ‘part original’ keluaran kedai sekali gus menyebabkan basikal berkenaan kelihatan ‘unik’.

Pemilik Kuwahara E.T 1980, Jamal Ulkhair berkata, dia merupakan pemilik kedua kepada basikal berkenaan dan pemilik asalnya merupakan seorang lelaki dari Kampar, Perak.

Kuwahara E.T 1980 di Cybertron BMX Jam

“Saya beli basikal ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pemilik asal ada pamer basikal di Facebook dan saya hubunginya. Sebenarnya bukan senang untuk pemilik asal untuk jual basikal ini.

“Dia (pemilik) asal mahu jual kepada orang yang betul-betul mahu jadikan basikal ini sebagai koleksi dan akhirnya basikal ini dijual kepada saya dengan harga RM6,000,” katanya kepada Malakat Tribune.

‘Sijil Lahir’ BMX Kuwahara E.T 1980

Mengulas mengenai harga basikal itu yang dianggarkan bernilai sehingga RM20,000 ketika ini, Jamal berkata, ia terpulang kepada individu dan peminat BMX itu sendiri untuk menilai basikal tersebut.

“Ia terpulang kepada pandangan masing-masing dan saya mungkin tidak akan jual basikal ini kerana ini untuk koleksi, pemilim asal jual kepada saya pun sebab saya mahu buat koleksi,” katanya.

Jamal berkata, beliau agak terkejut ketika kali pertama beliau melihat basikal itu kerana kesemua barangan asal masih cantik dan kemas terpasang di basikal berkenaan.

“Basikal Kuwahara E.T 1980 ini tidak pernah digunakan, pemilik asalnya hanya simpan di kilangnya di Kampar. Saya dimaklumkan basikal ini dihadiahkan oleh ayahnya ketika dibeli pada 1983,” katanya.

Antara basikal BMX yang menyertai Show Bike di Cybertron BMX Jam di Malakat Mall, Cyberjaya

Jamal yang berasal dari Sepang berkata, selain Kuwahara E.T 1980 itu, beliau turut mempunyai beberapa koleksi BMX lain termasuk frame dan juga barangan-barangan BMX.

“Saya sudah berbelanja lebih RM30,000 untuk hobi BMX, sudah lama minat dalam dunia BMX. Ada juga barangan yang saya simpan dan juga jual,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here