Batal rayuan pembebasan Ku Nan, PH gesa Peguam Negara letak jawatan

0
106
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor Tengku Mansor

CYBERJAYA – Pakatan Harapan (PH) melahirkan perasaan amat terkejut dan kecewa dengan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor Tengku Mansor daripada dakwaan kes rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.

Menurut kenyataan bersama Majlis Presiden PH, tindakan membatalkan rayuan itu mewujudkan persepsi yang sangat buruk dan menghakis kepercayaan umum terhadap institusi Peguam Negara.

Malah, katanya, tindakan itu mencemarkan kredibilitinya dan kebebasannya untuk menjalankan tugas rasminya secara profesional.

“Majlis Presiden juga akan meneliti kemungkinan tindakan Peguam Negara ini melanggar Perjanjian Memorandum Persefahaman di antara Pakatan Harapan dan Kerajaan, khususnya Perkara 4 berhubung Kebebasan Institusi Kehakiman.

“Oleh itu, Majlis Presiden berpandangan keputusan Peguam Negara berhubung isu Tengku Adnan ini adalah salah dan mengecewakan.

“Kami menyedari bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memutuskan samada menarik balik rayuan tersebut atau tidak. Namun, di dalam kes ini yang melibatkan pertuduhan kewujudan unsur-unsur rasuah terhadap seorang Ahli Parlimen dan seorang bekas Menteri Persekutuan, rakyat menuntut agar rayuan kes tersebut didengar dan dihakimi sehinggalah segala process perundangan yang dibenarkan telah dilalui sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan yang ditandatangi keempat-empat pemimpin utama parti komponen dalam PH hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu,
Majlis Presiden juga akan terus meneliti tindakan-tindakan seperti itu dan mempertimbang langkah-langkah yang akan diambil sehingga kedudukannya dipertikaikan dan kewibawaannya tercalar.

Katanya, sekiranya Peguam Negara tidak dapat menjustifkasikan keputusannya maka beliau harus letak jawatan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here