Bayaran BKC Fasa 2 pada Khamis ini-PM

0
73
BKC Fasa 2 akan dibayar mulai Khamis ini

CYBERJAYA– Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dengan peruntukan sebanyak RM300 juta akan dibuat mulai Khamis ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri dalam satu kenyataan berkata, bayaran kedua itu melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

“Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

“Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

“Ingin saya tegaskan kerajaan sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here