Beli goodies bag Cybertron BMX Jam, anda berpeluang menang BMX Kuwahara

0
95

Antara koleksi BMX Kuwahara

CYBERJAYA – Dengan mendaftar dan membeli ‘goodies bag’ Cybertron BMX Jam yang berharga RM70, orang ramai berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah berupa basikal BMX Kuwahara yang bernilai lebih RM5,000.

Pengarah Projek Cybertron BMX Jam, Noor Herdawaty Zakaria berkata, tawaran cabutan bertuah itu diadakan bersempena Cybertron BMX Jam yang diadakan pada 27 dan 28 November ini di Malakat Mall, Cyberjaya.

Noor Herdawaty Zakaria

Noor Herdawaty berkata, selain hadiah utama basikal BMX Kuwahara, terdapat pelbagai lagi hadiah cabutan bertuah yang menarik disediakan kepada orang ramai bersempena program yang diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.

“Untuk menyertai cabutan bertuah, orang ramai perlu ,mendaftar dan membeli goodies bag. Di dalam goodies bag berkenaan terdapat pelbagai barangan seperti baju, button badge, silicon wristband, sticker, lanyard dan banyak lagi.

“Dengan mendaftar dan membeli goodies bag juga, orang ramai dan peminat basikal BMX boleh menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan bersempena program berkenaan yang berlangsung pukul 8 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Antara barangan yang ada dalam goodies bag Cybertron BMX Jam

Menurut Noor Herdawaty, orang ramai yang berminat untuk mendaftar dan membeli goodies bag boleh melayari https://bit.ly/BMXeventregistration.

Pada program  Cybertron BMX Jam yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini, ribuan peminat BMX dijangka ‘berkampung’ di Malkaat Mall untuk menyertai pelbagai acara menarik yang disediakan untuk seisi keluarga.

Ribuan peminat BMX dijangka berkumpul di Malakat Mall pada Sabtu dan Ahad ini.

Tarikan utama dalam acara anjuran Malakat Mall itu adalalah pertandingan BMX bagi flatland dan freestyle, pertandingan basikal BMX tercantik (show bike) acara pump track untuk BMX dan kayuhan ria mengelilingi Cyberjaya.

Penganjur Cybertron BMX Jam, Kombat berkata, selain tiga acara pertandingan yang menawarkan hadiah-hadiah menarik pihaknya turut menyediakan gerai jualan barang-barang BMX.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here