Waktu rakyat Melaka memilih tamat, pengiraan undi bermula

0
14

BANDAR HILIR – Petugas-petugas pusat membuang undi di Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ujong, Melaka menurunkan poster Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik sahaja tamat waktu mengundi pada pukul 5.30 petang ini.

Mengikut senarai daftar pemilih, pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi dan dikendalikan oleh seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 1,109 saluran itu dibawa ke 28 pusat penjumlahan undi di sini dan keputusan rasmi akan diumumkan malam ini oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here