Berarak semasa penamaan calon, polis Melaka buka siasatan

0
43
Gambar hiasan

MELAKA TENGAH – Polis akan menyiasat sekumpulan individu yang berarak mengiringi calon Pakatan Harapan (PH) semasa hadir untuk proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, di Kompleks Komuniti Desa (KKD) hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung perkara itu selepas mendapati kehadiran jumlah penyokong yang agak besar dari pihak PH untuk menyokong calon Datuk Ashraf Mukhlis Minghat.

“Kita dapati terdapat kehadiran lebih kurang 25 penyokong dari PH mengiringi calon di kawasan DUN Telok Mas ini dan kertas siasatan akan dibuka.

“Bagaimanapun, Pasukan Cantas Khas bertindak pantas dengan memberi amaran supaya bersurai dan mereka mengikut arahan kami sejurus lebih kurang tiga minit berada di luar pekarangan pusat penamaan calon di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon di DUN Telok Mas, hari ini.

Sehubungan itu, Raiz Mukhliz berkata, pihak polis akan mengenal pasti individu-individu terlibat sebelum siasatan diteruskan mengiku Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengeluarkan amaran kepada semua parti agar sebarang aktiviti berkumpul dan perarakan penyokong calon bertanding tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang tempoh penamaan calon.

Baagi proses penamaan calon pula, hanya calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk sekali gus menyaksikan kelainan berbanding pilihan raya sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here