Bermula di Malaysia, Brainy Bunch kini punyai 4 cawangan di Singapura

0
405
Murni ketika muncul pada sesi perkongsian secarablangsung di laman Facebook Brainy Bunch, malam tadi.

CYBERJAYA – Pengalaman bertapak di Singapura cukup mematangkan Brainy Bunch dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Pusat pendidikan kanak-kanak itu mula dibuka di republik itu pada 2014, dan setelah tujuh tahun, berjaya berkembang hingga mempunyai empat cawangan di Hougang, Sembawang, Pasir Ris dan Woodlands.

“Bermula dengan hanya 43 pelajar, kini kami sudah mempunyai sebanyak 392 orang pelajar.

“Bagi saya, perkembangan ini menunjukkan falsafah yang dibawa Brainy Bunch boleh diterima di Singapura,” kata Pengarah Brainy Bunch Singapura, Murni Abdul Hamid.

Murni berkata demikian ketika muncul dalam sesi lintas langsung di laman Facebook Brainy Bunch, malam tadi.

“Menariknya, Brainy Bunch yang pada asalnya ditubuhkan sebagai pusat didikan anak-anak, turut berjaya mencetus perubahan dalam kalangan tenaga kerja dan para ibubapa.

“Perubahan ini yang kita mahukan, bersesuaian dengan konsep mewujudkan ekosistem menyeluruh yang mementingkan ketaatan kepada Allah dan Rasul sebagai kunci utama kehidupan,” kata Murni lagi.

Pada masa yang sama, Murni turut berkongsikan cabaran yang mereka hadapi, dan tips bagaimana mereka beroperasi ketika pandemik Covid-19.

“Walaupun terkekang dengan prosedur operasi standard (SOP), kami tetap dibenarkan beroperasi, terutamanya bagi penjagaan anak-anak para frontliners,” kata Murni.

“Masalah dan isu yang terjadi bukanlah satu halangan untuk kita meneruskan usaha murni kita.

“Kita istiqamah dalam perjuangan dan hadapi segalanya dengan hati yang terbuka kerana kita yakin Allah sentiasa membantu individu yang berjuang pada jalan-Nya,” kata Murni lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here