Biar pengundi yang tentukan-Mas Ermieyati

0
191
Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika tiba di Pusat Penamaan Calon N02 Tanjung Bidara hari ini

MASJID TANAH – “Saya pulangkan semula kepada rakyat, biarlah pengundi yang menentukan,” kata Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undagan Negeri (DUN) N02-Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Mas Ermieyati yang juga merupakan Ahli parlimen Masjid Tanah berkata, beliau akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi kawasan berkenaan sekirannya dipilih untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Katanya, beliau lebih berminat untuk menggunakan pendekatan komitmen berbanding manifesto bagi memikat hati pengundi berdasarkan pengalaman beliau selama dua penggal sebagai ahli Parlimen kawasan berkenaan.

“Semua calon mempunyai peluang untuk menang namun sudah tentu dalam tempoh berkempen, kelebihan akan diberikan kepada calon yang pernah menyertai pentas pilihan raya memandangkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang agak ketat.

“Saya pulangkan semula kepada rakyat, biarlah pengundi yang menentukan.

“Apa yang saya boleh uar-uarkan komitmen dan prestasi saya sepanjang dua penggal sebagai ahli Parlimen kawasan ini,” katanya ketika sidang akhbar di Bilik Gerakan PN DUN Tanjung Bidara hari ini.

DUN N02 Tanjung Bidara akan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Mas Ermieyati dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ab Rauf Yusoh serta Calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here