BN akan bina menara telekomunikasi di Kem 96 DPP

0
32
Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika berjumpa pengundi di DUN Lendu

MELAKA- Barisan Nasional (BN) akan membina menara telekomunikasi di Kem 96 Depot Pengkalan Peluru (DPP) Masjid Tanah, kata Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Sulaiman yang merupakan calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu berkata, menara telekomunikasi itu merupakan keperluan penting di situ.

Beliau yang juga calon tunggal Ketua Menteri bagi BN berkata, pembinaan menara itu antara kandungan 10 insentif manifesto BN di DUN Lendu.

“Kemudahan yang akan dibina dalam kem terbabit memberi kemudahan jaringan buat 400 keluarga tentera dan penduduk di sekitarnya.

“Pembinaan itu perlu dilaksanakan berikutan kekangan kawasan terbabit sukar menerima jaringan liputan telekomunikasi yang lancar disebabkan kawasan yang terhad.

“Akibat daripada perintah kawalan pergerakan (PKP), semua aktiviti terhenti sehinggakan sekolah juga terhenti, jadi anak-anak mereka kalau belajar di rumah secara online, mereka memerlukan capaian internet yang bagus untuk pembelajaran dari rumah.

“Ada di kalangan isteri tentera berkhidmat sebagi guru, jadi jika waktu malam bila dia nak hantar laporan, mereka terpaksa datang ke Masjid Tanah, terpaksa mencari tempat yang ada liputan sekali gus menyukarkan mereka, apatah lagi dalam tempoh PKP,” katanya ketika ditemui media.

Menurut Sulaiman, untuk pembinaan menara tersebut, beliau sendiri telah berurusan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Beberapa langkah telah diambil termasuk mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pertahanan dan mengenal pasti koordinat yang sesuai di kem tersebut bagi pembinaan menara telekomunikasi.

“Saya telah pun menghantar surat dan memaklumkan kepada Tan Sri Annuar Musa mengenai permasalahan yang berlaku di kem peluru ini dan dia juga telah meluluskan.

“Insyaallah apabila kedua-dua kelulusan ini dah buat, saya akan mengarahkan pihak MITCH (Melaka ICT Holding Sdn Bhd) untuk mendirikan menara telekomunikasi ini dan pihak MITCH sedang berurusan dengan syarikat telco, cari mana-mana telco yang boleh meletakkan transmitter mereka di situ,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here