BN akan selesaikan isu banjir dan jaringan jalan raya di Melaka

0
46
Datuk Seri Sulaiman Md Ali

MELAKA- Selesaikan masalah banjir dan sistem jaringan jalan raya di Melaka antara fokus utama Barisan Nasional (BN) sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Calon BN di DUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, perancangan bagi mengatasi isu berkenaan telah lama tersedia dan ia akan menjadi keutamaan apabila BN diberikan mandat.

“Sekiranya diberi mandat, BN akan meneruskan dan memastikan pelan strategik mengatasi banjir yang dirangka sebelum ini menjadi perkara utama untuk diselesaikan.

“Yang pertama isu banjir di negeri Melaka. Ini saya mesti selesaikan dulu. Kedua, isu ‘connection’ daripada satu tempat ke satu tempat.

“Saya tak mahu lagi Jumaat, Sabtu dan Ahad kita menghadapi kesesakan lalu lintas. ‘Very heavy traffic’. Sistem jaringan jalan raya ini saya nak memperkasakan selain sistem pengangkutan awam di Melaka,” katanya.

Sulaiman berkata, penambahbaikan sistem jaringan jalan raya antara daerah ke daerah lain akan terus diperkasakan terutama jalan utama yang menghubungkan dari Melaka Tengah menuju ke Masjid Tanah perlu terus dihubungkan ke Port Dickson.

“Dengan penambahbaikan terhadap sistem jaringan jalan raya ia sekali gus akan membawa kesan kepada pembangunan setempat.

“Sekarang kita tengok, kita ada AMJ (Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin), SPA (Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keroh). Itu sudah baik bagi saya.

“Tetapi daripada sana ke Masjid Tanah, perhubungan antara daerah ke daerah. Bila kita tengok dah ada lebuhraya AMJ serta pembangunan kiri dan kanan, daripada situ (mungkin) ke Masjid Tanah dan terus ke Port Dickson.

“Jadi ini yang saya nak buat dan akhirnya kiri kanan tu akan ada pembangunan,(harga) tanah naik dan sebagainya malah orang mudah nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

“Bukan hanya di Masjid Tanah, tetapi keseluruhan mengenai kesesakan lalu lintas ini seluruh negeri melaka, saya sudah rancang dan jumpa Menteri Kerja Rayau untuk perancangan bersama dengan pihak JKR,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here