BN bergerak solo di PRN Melaka, bertanding di semua 28 kerusi DUN

0
89
Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Gambar Kredit UMNO ONLINE

KUALA LUMPUR- Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk bergerak ‘solo’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada PRN Melaka kali ini, BN menampilkan 86 peratus muka baharu akan, dengan hanya empat penyandang sahaja kekal.

“UMNO menampilkan 20 calon, lapan diwakili MCA dan satu kerusi MIC. Daripada 28 kerusi itu 24 calon baharu dan empat muka lama. Keputusan dibuat hasil perbincangan semua parti komponen dalam BN.

“Dalam pemuafakan BN, sukacita dimaklukan BN akan pergi berseorangan dan  tidak akan bersama mana-mana parti. Kita akan guna logo kita sendiri,” pada sidang media Kuala Lumpur hari ini

Menurut Mohamad, pembahagaian kerusi dibuat dengan teliti dan cermat dan beliau berharap rakyat negeri Melaka dapat membuat pemilihan yang tepat pada 20 November nanti untuk memastikan pentadbiran yang stabil.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November, manakala penamaan calon 8 November dan undi awal 16 November.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepemimpinan Sulaiman.

Melaka mempunyai 28 kawasan DUN dan seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi terdiri lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus wanita.

Berikut merupakan senarai penuh calon BN di PRN Melaka:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here