BN boleh gembira tetapi usah leka

0
16
Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim

CYBERJAYA – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini sebenarnya merupakan satu ujian buat parti berkenaan.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata, ujian berkenaan ialah agar gabungan BN terus berpadu, bersetia dan bersama. 

Norshida berkata, kemenangan di PRN Melaka juga memberi begitu banyak makna buat BN di setiap peringkat, sama ada di pusat, negeri mahupun akar umbi.

“Kemenangan ini adalah hasil gerak kerja semua pihak,bukan ‘one men show’. Setiap pemimpin sama ada bergelar Menteri atau bukan,setiap seorang jentera akar umbi semuanya berpadu demi rakyat, demi kemenangan BN,demi kerajaan yang lebih stabil.

“Kemenangan ini menyuntik semangat berkobar-kobar dan luar biasa kepada jentera parti BN untuk berjuang,berkerja demi kemenangan BN pada PRU-15. 

“Ia juga menggarap keyakinan BN untuk mengadakan PRU-15 dalam tempoh terdekat demi sebuah kerajaan yang lebih stabil,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Norshida, sudah tiba masanya gabungan BN saling menyokong, saling menguatkan dan saling berpadu tenaga. 

“Sekarang bukan masanya saling mencari kurang dan saling mencari salah. Pihak yang kalah, yang hilang begitu banyak kerusi tidak gempita mencari salah pemimpin atau sengaja melakukan provokasi sesama mereka.

“Kita boleh sangat gembira, tapi usah mendabik dada, usah leka dan paling utama hindari sengketa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here