BN janji jajaran jalan baharu untuk rakyat Masjid Tanah

0
30
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang hadir membuang undi di SK Jeram, Masjid Tanah pada pukul 8.43 pagi ini.

MASJID TANAH – Jajaran jalan raya baharu yang menghubungkan daerah ini dengan pusat bandar raya Melaka menjadi janji utama pentadbiran Barisan Nasional (BN) sekiranya dipilih mentadbir negeri ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jaringan jalan raya akan menjadi hadiah utama yang difikirkan untuk rakyat pada ketika ini.

“Walaupun jarak antaranya hanya 30 kilometer tapi perjalanan semasa memakan masa kira-kira satu jam.

“Jajaran baharu jalan raya ini diharap akan membawa limpahan ekonomi kepada rakyat Tanjung Bidara dan Masjid Tanah umumnya.

“Kesan pembangunan itu juga diharap akan memberi peluang kepada lebih ramai orang memilih Masjid Tanah sebagai tempat kehidupan mereka,” kata beliau selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Jeram di sini hari ini.

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang hadir membuang undi di SK Jeram, Masjid Tanah pada pukul 8.43 pagi ini.

Ab Rauf hadir pada pukul 8.16 pagi di tempat mengundi dan selesai membuang undi di Saluran 1 pada pukul 8.43 pagi.

Beliau berkata, pembangunan itu merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan keseluruhan bandar Melaka yang dirancang secara teliti oleh pemimpin terdahulu.

Rauf yang juga Ketua Umno Melaka berkata, beliau mewakili parti BN berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan berjanji tidak akan mensia-siakan amanah rakyat.

Di kerusi DUN Tanjung Bidara,
Ab. Rauf Yusoh berdepan dengan
calon Perikatan Nasional (PN), Mas Ermieyati Samsudin dan Zainal Hasan dari Pakatan Harapan (PH).

Penyandang kerusi itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu ialah Md Rawi Mahmud dari BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here