BN Melaka dijangka umum manifesto PRN hari ini

0
24
Ab Rauf Yusoh tiba di pusat penamaan calon di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara, Masjid Tanah Isnin lalu

MELAKA – Barisan Nasional (BN) Melaka dijangka membentangkan manisfesto Pilihan Raya Negeri (PRN) secara maya hari ini (Rabu) dalam usaha mendapat mandat dan sokongan daripada rakyat negeri ini

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, manifesto itu meliputi pelbagai cadangan terbaik untuk rakyat Melaka yang menyentuh semua aspek kesejahteraan hidup masyarakat dan menjamin tiada yang akan dipinggirkan.

“Manifesto BN akan dilancarkan secara maya pada 10 November, jadi kita tunggu pengisiannya dan bagaimana kaedahnya.

“Sudah pasti ia akan melestarikan masyarakat dan akan memberikan cadangan-cadangan terbaik bukan sahaja untuk rakyat Masjid Tanah tapi untuk rakyat negeri Melaka,” katanya dalam sidang media selepas Penamaan Calon PRN Melaka baru-baru ini.

Ab Rauf akan bertanding dalam PRN Melaka pada 20 November ini mewakili BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Tanjung Bidara.

Perebutan kerusi itu akan menyaksikan saingan tiga penjuru antara beliau dengan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin serta calon Pakatan Harapan, Zainal Hassan.

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) akan ditentang calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin (kiri) dan calon Pakatan Harapan, Zainal Hassan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here