BN sasar menang 19 kerusi DUN Melaka

0
71
AB. RAUF YUSOH

CYBERJAYA – Barisan Nasional (BN) menyasarkan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini bagi membolehkannya membentuk kerajaan negeri.

Sasaran itu dinyatakan oleh Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dalam temubualnya bersama Bernama TV, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kerusi yang disasarkan itu adalah termasuk 13 kerusi yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Kita memenangi 21 kerusi pada PRU13 (yang) lepas. Faktor-faktor isu semasa, domestik dan isu peringkat persekutuan mempengaruhi masyarakat ketika itu dan beri kemenangan kepada pihak lawan. Tetapi walaupun dalam suasana tsunami kita masih bertahan dengan 13 kerusi yang kita menang pada PRU14.

“Jadi kita akan bertahan dengan 13 kerusi ini sebaik mungkin dan menambah enam kerusi untuk menjamin kekuatan kita membentuk kerajaan negeri,” kata Ab. Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka..

Pada PRU14, BN menang 13 daripada 28 kerusi DUN yang ditandinginya berbanding 21 kerusi pada PRU13.

Bagi PRN kali ini, UMNO bertanding 20 kerusi, manakala MCA tujuh kerusi, diikuti MIC satu kerusi.

Sebanyak 28 kerusi dipertandingkan pada PRN kali ini dan 15 kerusi diperlukan oleh pemenangnya untuk penubuhan kerajaan negeri menerusi majoriti mudah.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu susulan empat Ahli DUN (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here