BN tidak pernah lepas tangan atasi masalah rakyat

0
22
Calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.09 Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil ketika beramah mesra dengan penduduk kawasan berkenaan hari ini.

MELAKA-Barisan Nasional (BN) tidak pernah lepas tangan dan sentiasa memberi perhatian kepada setiap permasalahan rakyat walaupun kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.09 Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata, BN tidak pernah mengabaikan rakyat selepas PRU-14 dan tetap memberi segala-galanya kepada mereka.

“Kita masih buat kerja yang sama seperti kita menang dahulu, tetap hantar makanan dan juga bantuan kepada golongan memerlukan sebab memang kita sudah diajar begitu oleh BN.

“Walaupun kalah pada PRU-14, segala bantuan kepada rakyat tetap sampai selepas itu. Kita tetap bersama rakyat untuk perjuangkan hak Melayu dan Islam,” katanya kepada media hari ini.

Menurut Zahari, beliau yakin dan percaya bahawa rakyat nampak segala usaha dan gerak kerja BN kerana parti ini bukan bergerak semasa musim pilihan raya semata-mata.

Mengulas mengenai calon baru, Zahari berkata, kesemua calon yang diketengahkan oleh BN mempunyai potensi tersendiri dan telah bekerja daripada awal lagi.

“Semua calon baru memang bekerja dari awal lagi dan bukannya baru nak bergerak. Ketika zaman pemuda lagi, kita semua telah diajar dan dididik. Sebab itu kita tahu apa perlu dilakukan.

“Macam saya sendiri, saya bermula sebagai ketua pemuda kampung. Saya diajar bergerak bagi sumbangan dan macam mana nak uruskan mesyuarat dan banyak lagi,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau melaksanakan apa yang telah BN lakukan untuk memberikan hak hidup selesa, aman damai di DUN Durian Tunggal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here