BN umum senarai calon PRN Melaka Sabtu ini

0
31
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan nama calon-calonnya yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu ini.

Setiausha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengumuman itu akan dibuat secara atas talian.

“Pengumuman nama Calon #BN live di FB #UMNO Online pada Sabtu 6 November 2021 jam 10 pagi.

“Terima kasih memberi sokongan dan mengikuti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November. 

Datuk Seri Ahmad Maslan

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here