Ceroboh rumah orang tua lempias nafsu

0
422
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seorang lelaki berusia 45 tahun yang dipercayai menceroboh pusat Rumah Kebajikan Orang Tuan di Seri Alam, di sini untuk melampiaskan nafsu dengan melakukan cabul.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu setelah dimaklumkan pekerja pusat jagaan itu pada pukul 8 pagi hari yang sama.

Katanya, kejadian yang berlaku pada 12.30 malam itu disedari melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan berdasarkan rakaman, suspek ditahan di sekitar Desa Cemerlang di sini kira-kira pukul 8 malam.

“Semakan CCTV terlihat seorang lelaki tempatan telah menceroboh masuk dan melakukan perkara tidak senonoh terhadap mangsa wanita tempatan berusia 71 tahun yang sedang tidur.

Mohd. Sohaimi berkata, penahanan lelaki yang bekerja sebagai pengutip besi buruk itu membawa kepada penemuan beberapa barangan termasuk pakaian yang dipercayai dipakai suspek semasa melakukan kesalahan tersebut.

“Semakan rekod mendapati suspek turut mempunyai empat rekod jenayah termasuk tiga membabitkan dadah,” katanya.

Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here