Covid-19: Angka kes baharu naik dua hari berturut-turut

0
99
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 di seluruh negara mencatat kenaikan buat dua hari berturut-turut, apabila sebanyak 5,291 kes dilaporkan pada hari ini.

Untuk rekod, negara semalam merekodkan 5,071 kes, manakala 4,626 kes dicatat pada hari Isnin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pertambahan ini menjadikan jumlah kes pandemik yang dilaporkan di dalam negara kepada 2,486,630 kes.

Sementara itu, sebanyak 22,393,720 individu atau 95.7 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,885,170 individu atau 97.8 peratus pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi program PICK Remaja pula, yang meliputi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,171,270 individu atau 69 peratus telah lengkap menerima suntikan vaksin, manakala 83.2 peratus atau 2,619,573 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, setakat semalam.

Sementara itu, sebanyak 56,493 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 407,607 dos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here