Covid-19: Indonesia beri kebenaran bersyarat penggunaan vaksin Novavax

0
42

JAKARTA – Indonesia hari ini menjadi negara pertama di dunia yang memberikan kebenaran bersyarat bagi penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Novavax.

Vaksin dua-dos itu dihasilkan menggunakan salinan pancang protein yang meliputi permukaan virus SARS-CoV-2 di makmal, berbeza daripada vaksin mRNA yang dihasilkan oleh Pfizer dan Moderna, kata Reuters.

Vaksin Novavax boleh disimpan pada suhu 2 hingga 8 darjah Celcius, menyebabkan ia mudah disimpan dan amat sesuai diedarkan di kawasan yang sukar dimasuki dan di negara miskin lain.

Kajian klinikal berskala besar yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS) mendapati, vaksin itu berkesan sehingga 90 peratus dalam menghalang jangkitan Covid-19 dan variannya yang lain.

Bagi pasaran Indonesia, vaksin itu akan dihasilkan olej Institut Serum India dan dijual menggunakan jenama Covovax.

Buat masa ini, difahamkan, Novavax telah membuat permohonan penggunaan bersyarat di beberapa buah negara lain sepeti United Kingdom (UK), Kanada, Australia, Indiqa dan Filipina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here