Covid-19 kembali melonjak dengan 6,288 kes baharu

0
41
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kes positif Covid-19 dalam negara kembali melonjak apabila 6,288 jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini 2,563,153.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh itu juga sebanyak 40 kematian akibat Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif korban akibat Covid-19 ialah sebanyak 29,769.

Sementara itu, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan direkodkan tertinggi di Pahang (51 peratus), Kelantan (50.1) dan Terengganu (50 peratus).

Bagi kemasukan Unit Rawatan Rapi (ICU) pula, Lembah Klang mencatatkan 81.5 peratus, diikuti Kelantan (74.1) dan Terengganu (66.7).

Penggunaan katil pula direkodkan tertinggi di Terengganu (91.5), Kelantan (86.1) dan Melaka (82.8) manakala peratusan kemasukaan di pusat kuarantin pula direkodkan tertinggi di Negeri Sembilan (87.9), Perak (69.2) dan Lembah Klang (57.2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here