Covid-19: Kes baharu dan kematian meningkat

0
94
Petugas melakukan pengurusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ di Cyberjaya 10. – Gambar Fail MT.

CYBERJAYA – Jumlah kes positif baharu Covid-19 terus meningkat dalam tempoh 24 jam lalu dengan 6,517 kes berbanding 6,323 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitter berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 2,535,338 kes.

Sementara itu sebanyak 49 kematian yang diakibatkan jangkitan Covid-19 setakat semalam dengan 14 daripadanya merupakan kematian di luar hospital (BID).

Berdasarkan data perkongsian COVIDNOW, sehingga kini jumlah keseluruhan kematian adalah 29,535.

Sabah merekodkan kematian tertinggi iaitu 12 kes, diikuti dengan Perak (9), Sarawak (7), Selangor (7), Terengganu (6), Kelantan (3), Johor (2), Kedah (1), Pahang (1) dan Kuala Lumpur (1).

Sementara itu, tiada kematian di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Penang, Labuan dan Putrajaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here