Covid-19: Kes mula tunjuk peningkatan

0
158
Petugas sanitasi swasta melakukan kerja-kerja sanitasi di dalam sebuah klinik di Taman Tenaga, Cheras. – foto/FaridJanudin.

JUMLAH kes aktif COVID-19 dan kes harian negara menunjukkan trend peningkatan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam.

Selain peningkatan kes baharu kepada lebih 6,000 kes semalam, sebanyak 1,116 kes aktif dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 62,890 kes.

Bilangan kes sembuh negara pula merekodkan pertambahan kes dengan sebanyak 5,068 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sehingga kini mencecah 2,430,122 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 59 kematian dilaporkan dan jumlah itu menjadikan kes kematian Covid-19 negara kini sebanyak 29,486 kes.

Menurut laman web itu, sebanyak 10 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), dilaporkan semalam.

“Pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,961 kes.

Menerusi data laporan tersebut juga, daripada kes aktif terbabit, sejumlah 48,730 kes (77.5 peratus) bagi kuarantin di rumah; sebanyak 7,999 kes (12.7 peratus) di PKRC; sebanyak 5,617 kes (8.9 peratus) di hospital; sebanyak 264 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan dan 280 kes (0.4 peratus) ICU perlukan alat bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here