Covid-19: Majoriti pesakit kategori 4 dan 5 penerima Sinovac

0
87
KHAIRY JAMALUDIN

CYBERJAYA – Majoriti pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan dikelaskan sebagai kategori 4 dan 5 adalah penerima vaksin Sinovac.

Maklumat itu adalah berdasarkan data pada minggu epidemiologi ke-35 hingga 45.

Oleh kerana itu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar, penerima vaksin Sinovac diminta untuk mengambil dos penggalak.

“Mengapakah selang masa bagi dos penggalak yang lebih pendek untuk Sinovac (3 bulan) berbanding Pfizer/AZ (6 bulan)?

“Walaupun Sinovac berkesan, terdapat bukti keberkesanannya berkurangan lebih cepat,” kata Khairy Jamaludin dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya.

Sementara itu, dalam satu ciapan berasingan, Khairy Jamaludin menambah, kebanyakan kes baharu Covid-19 dijangkiti daripada kenalan rapat, iaitu keluarga dan rakan.

“Itulah sebabnya mengamalkan #TRIIS adalah penting, terutamanya makluman keluarga dan rakan anda jika anda telah diuji positif supaya mereka boleh melakukan ujian kendiri dengan cepat,” katanya lagi.

TRISS bermaksud iaitu test (ujian), report (lapor), isolate (kuarantin atau pengasingan kendiri), inform (memaklumkan) dan seek (mendapatkan rawatan segera).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here