Cubaan bunuh PM Iraq guna dron gagal

0
159
Keadaan hadapan kediaman al-Khadimi selepas serangan dron itu.

BAGHDAD – Sebuah dron membawa bahan letupan yang disasarkan terhadap kediaman Perdana Menteri Iraq dilaporkan gagal membunuhnya.

Kata The Guardian, sumber kerajaan memberitahu, Mustafa al-Kadhimi terselamat dalam serangan itu, semalam.

“Dron membawa bahan letupan itu disasarkan ke atas kediaman Perdana Menteri yang terletak di dalam Zon Hijau.

“Bagainanapun, serangan itu gagal dilaksanakan dengan baik, dan Perdana Menteri berada dalam keadaan selamat,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu kemudiannya menambah, seramai tujuh pengawal peribadi al-Khadimi dilaporkan tercedera.

Al-Khadimi dalam satu ciapan ringkas turut memaklumkan beliau terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam serangan itu.

“Saya selamat dan tidak (mengalami) kecederaan. Alhamdulillah,” katanya dalam ciapan itu.

Beliau kemudiannya turut menyeru supaya orang ramai bertenang ‘demi keselamatan Iraq.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here