Cybertron BMX Fest pertemukan sahabat 25 tahun terpisah

0
46
Mohd. Khidir yang ditemui sejurus acara Fun Ride sempena Cybertron BMX Fest di Malakat Mall, hari ini.

CYBERJAYA – Cybertron BMX Fest secara tidak langsung telah berjaya mempertemukan kembali dua sahabat yang terpisah selama 25 tahun.

Menurut Mohd. Khidir Mohd. Fadhil, minatnya yang mendalam terhadap basikal BMX sejak kecil membuatkan beliau hadir ke acara di Malakat Mall itu.

Namun, beliau langsung tidak menyangka dapat ‘bersua’ kembali dengan rakan sepermainannya sejak kecil.

“Masa zaman budak-budak dulu, kami memang gilakan BMX.

“Kami ada kumpulan di Ipoh, dan boleh kata selalu join event race,” kata Mohd. Khidir.

Beliau berkata, pertemuan dengan rakannya itu berlaku secara tidak sengaja menerusi whatsapp group yang diwujudkan bagi menguar-uarkan acara itu.

“Sungguh tak sangka, sebab kami dapat ‘bertemu’ semula setelah lama tidak berhubung,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, kata Mohd. Khidir, rakan lamanya itu tidak dapat muncul kali ini kerana beradandi luar kawasan.

“Apapun, saya bersyukur dapat bertemu dia semula, dan kini sudah mempunyai cara untuk menghubunginya. In sya Allah, kami akan bertemu nanti,” katanya lagi.

Hari kedua penganjuran acara bmx itu dimulakan dengan kayuhan fun ride di sekitar Cyberjaya yang disertai oleh hampir 400 peminat bmx.

Selain itu, turut diadakan acara pump track race, flatland, dan persembahan artis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here