Cybertron BMX Fest tarik penyertaan luar jangkaan

0
32

CYBERJAYA – Luar jangkaan.

Demikian maklum balas daripada penganjur Cyberton BMX Fest di Malakat Mall pada hari terakhir penganjuran pesta tersebut, hari ini.

Pesta yang berlangsung selama dua hari sejak semalam itu berjaya menarik hampir 4,000 pengunjung ke Malakat Mall, termasuk peserta dari Sabah dan Sarawak, di sepanjang dua hari penganjurannya.

Menurut Penganjur Cybertron BMX Jam, Kombat, beliau tidak menyangka pesta tersebut berjaya menarik ramai peminat basikal tersebut dari seluruh negara.

“Pada mulanya, kami menjangkakan pesta ini akan berlangsung dalam skala kecil sahaja, kira-kira 500 orang.

“Saya tak sangka ia berjaya menarik peminat BMX dari segenap lapisan umur,” kata Kombat, hari ini.

Selain penganjuran pertandingan flatland, freestyle BMX dan show bike, turut diadakan acara fun ride di sekitar Cyberjaya, cabutan bertuah dan selingan hiburan oleh para artis seperti Cat Farish dan Andy Flop Poppy.

“Ambil contoh fun ride, kami tak sangka dapat menarik sehingga hampir 400 orang pengayuh basikal.

“Ada yang bawa keluarga, dan ada yang hadir secara berkumpulan. Ini menunjukkan pesta ini berjaya menarik minat pelbagai golongan umur,” kata Kombat lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir, dan juga pada pihak Malakat Mall yang selaku lokasi penganjuran.

“Saya ingin memohon maaf jika ada sebarang kekurangan. In sya Allah, jika pesta ini diadakan lagi, kami akan berusaha untuk mempersembahkan penganjuran yang lebih baik,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here