DAP kekalkan calon Melayu di Pengkalan Batu, Muhamad Danish jadi pilihan

0
663
Muhamad Danish Zainudin

KUALA LUMPUR – Parti DAP hari ini mengumumkan lapan calon parti itu yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu akan menampilkan dua calon baharu dan mengekalkan enam calon lama dalam PRN berkenaan.

Guan Eng berkata, dua calon baharu itu ialah Muhamad Danish Zainudin, 25, yang akan bertanding di N15 Pengkalan Batu dan Leng Chau Yen, 37 di N22 Bandar Hilir.

“Enam calon lain ialah N07 Gadek (G. Saminathan), N16 Ayer Keruh (Kerk Chee Yee) N19 Kesidang (Allex Seah Shoo Chin), N20 Kota Laksamana (Low Chee Leong), N21 Duyong (Damian Yeo Shen Li) dan N24 Bemban (Tey Kok Kiew)

“Calon-calon ini akan bertanding di bawah logo Pakatan Harapan,” kata Guan Eng dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Guan Eng, Muhamad Danish telah menyertai DAP sejak Mei 2017 dan terlibat dengan pelbagai aktiviti selain memegang baberapa jawatan di peringkat negeri Melaka.

Katanya, Muhammad Danish juga merupakan Setiausaha Politik kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buyong, Damian Yeo Shen Li.

Biodata Muhamad Danish

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here