Delegasi Korea tinjau Malakat Mall

0
127
Allan (dua dari kanan) sedang diberi penerangan mengenai barangan yang terdapat di rak jualan Malakat Grocer.

CYBERJAYA – Pasar raya Malakat Mall hari ini menerima kunjungan sekumpulan delegasi dari Korea Selatan yang sedang meneroka peluang mengembangkan perniagaan mereka dalam sektor industri halal di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malakat Eco, Affandi Hamzah, kumpulan itu sedang mencari satu platform bagi para pelabur negara itu untuk menembusi pasaran Malaysia.

“Pengkhususan mereka adalah pada produk yang berstatus halal.

“Kami yakin dengan infrastruktur yang kami ada ini, mampu menyediakan ruang terbaik buat mereka,” kata Affandi yang ditemui sejurus kunjungan tersebut.

Malakat Mall selaku pasar raya yang mengutamakan produk halal, mengamalkan kawalan ketat terhadap status halal sesuatu produk.

Kata Affandi, selain memiliki sijil halal daripada Jakim, sesuatu produk itu turut perlu melepasi piawaian halal di Pusat Pengedaran Malakat di Puchong.

Delegasi Korea Selatan itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sapimun Korea, Allan Ahn, dan turut disertai oleh wakilnya di Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Geo Artha International, Zuraini Hasanuddin.

Delegasi itu meluangkan masa hampir satu jam meninjau ruang perniagaan yang ada di Malakat Mall, sambil diberi penerangan oleh Affandi dan Pegawai Projek Malakat Eco, Herdawati Ismail.

Sementara itu, kata Allan, terdapat banyak peluang yang boleh diterokai oleh syarikat dari negaranya.

“Setelah meluangkan masa di Malaysia melawat beberapa lokasi termasuk Malakat Mall, saya nampak banyak peluang yang kami boleh terokai.

“Kami akan kembali semula ke Malaysia pada bulan hadapan untuk memuktamadkan keputusan kami,” kata Allan sejurus kunjungan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here