Doktor kontrak lancar mogok kedua 8 Disember depan

0
19
Sebahgian 50 orang doktor kontrak yang menyertai gerakan Hartal Doktor Kontrak di Hospital Kuala Lumpur pada 26 Julai lalu. – MT/FARID JANUDIN

CYBERJAYA – Gerakan Hartal Doktor Kontrak akan mengadakan siri mogok kedua di seluruh negara pada pukul 12 tengah hari, 8 Disember ini.

Jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Muhammad Yassin berkata, protes itu kembali dilancarkan berikutan masalah lantikan tetap mereka ke dalam Kementerian Kesihatan (KKM) masih belum selesai.

Dijangkakan seramai 5,000 doktor kontrak akan menyertai gerakan berkenaan.

Kata Dr. Muhammad Yassin, semua hospital kerajaan berskala besar di seluruh negara akan terlibat dalam siri tunjuk perasaan itu manakala rancangan untuk meletak jawatan secara besar-besar akan bermula pada hari sama.

“Lebih kurang sama juga pergerakannya, tetapi yang hartal pertama keutamaannya ialah menarik perhatian daripada orang ramai untuk membentuk kesedaran, sekarang ini adalah susulan daripada hartal pertama sebab tuntutan kami belum tercapai.

“Protes kali ini mungkin kami akan buat dalam hospital atau dewan di hospital, sebelum ini memang ada tapi di luar bangunan hospital sebab masa itu masih darurat dan sekatan pergerakan penuh jadi kami tidak boleh buat protes di tempat yang kecil.

“Apa yang kami minta untuk jawatan tetap serta penerangan yang lebih telus dalam pemilihan penyerapan doktor kontrak ke dalam perjawatan tetap tetapi ini belum diberitahu oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu sidang akhbaryang diadakan secara maya, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here