Dr. Muhammad Akmal terima reaksi positif pengundi

0
27

Dr. Muhammad Akmal beramah mesra dengan pengundi DUN Merlimau

MELAKA – Reaksi positif pengundi memberi semangat kepada calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Dr. Muhammad Akmal Salleh.

Dr. Muhammad Akmal berkata, walaupun berkempen dalam keadaan norma baharu ketika ini, situasi itu tidak memberi masalah kepadanya untuk mendekati pengundi.

“Sekarang kita berkempen dalam keadaan norma baharu, pada awal-awal rasa kekok juga namun, hujung-hujung sudah mula biasa dengan buat video live di Facebook dan sebagainya.

“Alhamdulillah, semua maklumat yang ingin disalurkan sampai kepada pengundi, mereka beri reaksi positif kepada saya,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Selain itu, Dr. Muhammad Akmal juga berharap orang Merlimau bijak untuk membuat pemilihan dan memilih calon yang benar-benar mendalami jiwa orang kampung.

“Pengundi kena buat pilihan yang bijak, pilih calon yang fahami mereka. Boleh duduk masa susah dan senang dan bukannya pemimpin yang datang musim pilihan raya sahaja,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here