Dua penumpang SIA dari Singapura positif varian Omicron

0
57

SINGAPURA – Dua penumpang penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang tiba di Sydney pada Ahad lepas disahkan positif Covid-19 varian Omicron.

Menurut laporan portal Today Online, kedua-dua penumpang itu, yang sebelum itu tiba dari Afrika Selatan, menaiki penerbangan transit SQ211 dari Singapura untuk ke Sydney.

“Berdasarkan rekod, kedua-dua individu itu sudahpun menerima vaksin dos lengkap, dan kini mereka sedang dikuarantin,” agensi kesihatan wilayah New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut menyebut, kesemua penumpang dalam penerbangan itu kini dikategorikan sebagai kontak rapat dan perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dengan segera dan melakukan pengasingan kendiri selama 14 hari.

“Arahan ini meliputi semua penumpang dan kakitangan SIA dalam penerbangan itu, dan tidak mengambil kira status vaksinasi mereka,” kata kenyataan itu lagi.

Sejak 27 Nov lepas, kesemua individu yang memiliki pas perjalanan jangka panjang dan pas pelawat Singapura, dan mempunyai sejarah perjalanan ke Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan memasuki negara itu.

Sementara itu, SIA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan memastikan kakitangannya yang terlibat dalam penerbangan itu mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan NSW.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan mematuhi segala arahan dan larangan yang ditetapkan, bagi menjamn keselamatan penumpang dan kakitangan kami,” kata SIA dalam satu kenyataan balas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here