DUN Sungai Rambai kawasan selesa BN

0
20
Siti Faizah Abd Azis berkempen di DUN Sungai Rambai

MELAKA – Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis yakin pengundi kawasan berkenaan masih berpegang kuat kepada BN.

Sehubungan itu, Siti Faizah berharap, rakyat kawasannya itu menterjemahkannya dengan mengundi BN pada hari pengundian pada 20 November nanti.

“Sekarang saya masih giat turun berkempen dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, Alhamdulillah maklum balas sangat positif.

“Rakyat di sini berpegang kuat kepada BN, jadi saya saya mereka menterjemahkannya dengan mengundi BN pada 20 November ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Untuk rekod, DUN Sungai Rambai boleh dikatakan sebagai kubu kuat BN yang mana pada PRU-14 kerusi itu dimenangi BN menerusi Datuk Hasan Abd Rahman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here